15 Mac 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

YA ALLAH…
Telah lama kami menyimpan perasaan ini…
Sesuatu yang kami tak pasti…
Sesuatu yang menggoyahkan jiwa kami….
Sungguh menyiksa jiwa kami…Kami telah jatuh cinta YA ALLAH…
Aku cinta dia kerana agamanya…
aku cinta dia kerana akhlaknya…
aku cinta diakerana imannya…
aku cinta dia kerana keperibadiannya…
Tapi kami sedar…..perasaan ini juga diiringi oleh nafsu yang dibawa oleh syaitan,yang sentiasa menggoda kami…bisikkan yang akan meruntuhkan jiwa kami…
Cinta tanpa ikatan suci itu bisa membuatkan kami leka pada-MU…bisa menipiskan iman kami…Lantas kami kembali pada fitrah…
Berserah pada takdir…Sesungguhnya jodoh kami ditangan-MU…
Kami hanya mampu meminta pada-MU…Agar dia menjadi halal buat ku…
Menjadi peneman hidup kami...Tetapi….jika dia bukan jodoh kami…
KAU padamkan perasaan ini di jiwa kami…KAU jauhkan dia dari pandangan kami…
ILAHI…YA RABBI…kami ingin menghapuskan cinta palsu ini…cinta yang mendustakan…
Sesungguhnya kami hamba-MU yang lemah…KAU berikanlah kekuatan pada kami..
Untuk menempuh segala dugaan-MU…KAU jadikanlah kami hamba-MU yang soleh dan solehah…
Berpaut pada jalan-MU…kuatkan lah iman kami dalam mentaati perintah-MU dan Rasul-MU..
Permudahkan kami mencintai-MU dan Rasul-MU..
Sepenuh jiwa raga….Kerana cinta pada-MU jua yang akan kekal abadi…
YA ALLAH…kamilah hamba-MU yang sentiasa mengharapkan belas kasihan-MU..
Sesungguhnya kami redha dan ikhlas kepada-MU..YA ALLAH..KAUlah TUHANku dan akulah hamba-MU
AMIN YA RABB…

~Moga ALLAH menjadi curahan luahan pertama bagi kita..Carilah DIA dahulu sebelum manusia..Rintih lah kepada-NYA,agar mendapat ketenangan jiwa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan