sahabat sampai syurga

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku, tidak lain kerana Allah.
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya, agar tetap kakiku di jalan ini.
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku..
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati, maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu..

Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI
 

Hari ini kita bersahabat, selamanya kita bersahabat kerana Allah!