4 Mac 2011

Aku Tahu TAPI Aku Mahu

Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.
(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)
aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah ku hidup untuk selamanya
aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat
aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan
aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng
aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya
aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga
aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang
aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih x pandai menjaga diri
aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah
aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah x endahkannya
aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi
aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa
aku tahu aku ini hamba-Nya
tapi masih hanyut dengan dunia
aku tahu azab-Nya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya
aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya
Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT.
tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.
1 tamsilan untuk sama2 kita renungi dalam diri kita: ‘kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik’… Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: ‘Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama,
kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??’… Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi…
Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu… TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there’s a will, there’s a way…
banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..
Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.
Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan