4 Julai 2011

Petua dlm Islam


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1- Awal-awal pagi setelah terbit matahari. (Waktu solat sunat Isyraq).
2- Selepas masuk waktu ‘Asar.
3- Baru selepas makan.
4- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

 1- Bersihkan tubuh badan, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur atau sunat dahulukan            dengan berwuduk.
2- Hindarkan dari tidur pada lewat malam.
3- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah bangun dari tidur dan sebelum turun dari katil.
4- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan, tetapi jangan minum selepas saja baru bangun dari tidur.
5- Cucilah muka terutamanya kelopak mata dengan air suam.
6- Ambil lah wuduk dan bersembahyang sunat.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Di larang tidur di siang hari kecuali di hari yang panas , boleh menyebabkan :

1- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2- Merosakkan warna kulit.
3- Melemahkan jantung.
4- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga Sayhwat.
6- Melemahkan kecerdasan fikiran.

DOA SEBELUM TIDUR

Cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah saw :

1- Tidurlah di awal malam, sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan berwuduk.

2- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi kemudian, sunat bersugi, berwuduk dan sembahyang sunat Tahajjud.

3- Kemudian tidurlah semula, dan bangkitlah sebelum terbit fajar (solat fardhu Subuh).

4- Cara tidur ialah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.

WAKTU-WAKTU YANG DI LARANG MEMINUM AIR

Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:

1- Selepas baru bersenam, bersukan atau bekerja berat (rehat sekejap 5 minit).

2- Selepas baru bersetubuh.

3- Selepas makan atau sebelumnya.

4- Ketika sedang makan.

5- Selepas memakan buah-buahan.

6- Selepas keluar daripada bilik mandi.

7- Ketika terjaga daripada tidur.

SUPAYA AIR YANG DI MINUM MENDATANGKAN
KESIHATAN UNTUK TUBUH BADAN.

1- Minumlah segelas air dengan 3 kali minum (seteguk).

2- Jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya.

3- Jangan meniup air yang hendak di minumkan.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1- Di larang keras terus tidur selepas makan kerana akan mendatangkan keras hati.

2- Hendaklah berjalan selepas makan sekurang-kurangnya 40 langkah.

3- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang sunat dahulu selepas makan tengahari supaya makanan mudah hadam.

UNTUK MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1-      Kurangkan percakapan yang tidak berfaedah.
2-      2- Sentiasa bersugi.
3-      3- Sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir.

4- Sentiasa bersama-sama / berkawan dengan orang soleh dan orang alim.

5- Sentiasa mengamalkan ilmu yang dipelajari.

PERKARA YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1- Memakan daging.

2- Selalu menghidu bau-bauan yang harum.

3- Sentiasa memakai pakaian yang di perbuat dari kapas.

4- Memakan makanan yang agak manis tetapi jangan terlalu banyak (Buah kurma).

6- Mandi dalam keadaan perut sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1- Minumlah madu lebah asli yang dicampurkan dengan air suam.

2- Sentiasa meminum air lebihan dari air sembahyang (wuduk).

3 PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1- Bercakap banyak yang sia-sia.

2- Tidur banyak.

3- Makan banyak.

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah

'Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka
jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Ayat Al A'raaf-179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam).
Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.


terima kasih krn meluangkn masa untk membaca artikel ini,smoga Allah memlimpahkn berkah kpd kita semua,wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan