11 Mei 2011

40nasihat .

1. Peruntukkan waktu selama 30 minit utk berjalan kaki
2. Duduk sendirian selama 10 minit
3. Peruntukkan 7 jam waktu tidor
4. Hidupkan hari kamu dengan tiga perkara ini, kuat +semangat+belas ihsan
5. Mainlah permainan yg menggembirakan kamu
6. Bacalah buku2 ilmiah sebanyak mungkin
7. Khususkan waktu untuk santapan rohani seperti solat sunat, zikir, baca Quran
8. Luangkan masa untuk berbual dengan orang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah
9. Pasangkan impian ketika kamu berada dalam keadaan sedar
10. Banyakkan mkn makanan semulajadi, kurangkan mkn mkn segera
11. Minum air masak
12. Cuba utk membuat 3 orang yg berada disekeliling kamu tersenyum
13. Jangan dibiarkan masa berlalu tanpa perkara berfaedah
14. Lupakan segala perkara buruk yg telah kamu lakukan, dan sembunyikan kesalahan org lain
15. Jgn sesekali berfikiran negatif, penuhilah azam dgn fikiran positif
16. Jadikanlah kehidupan yg kamu lalui itu sebagai sekolah, dan kamu pelajar di dalamnya, setiap ape jua masalah yg kamu lalui, pasti ada penyelesaiannye
17. Jadikan sarapan itu sebagai santapan diraja, lunch seumpama menteri, dinner seumpama kamu seorang faqir
18. Senyumlah dan ketawa sebanyak mungkin
19. Kehidupan ini terlalu pendek, jgn sesekali penuhinya dengan membenci org lain
20. Jgn jadikan semua perkara itu terlalu serius, ‘be smart and think’
21. Tidak semestinya kamu perlu juara dalam perdebatan dan perbincangan, cuba utk menerima kesalahan dan pandangan orang lain
22. Lupakan perkara buruk yg telah berlalu sehingga mempengaruhi masa depan kamu
23. Jgn bandingkan kehidupan kamu dengan org lain
24. Hanya satu sahaja yg mencorak dan menjamin kebahagiaan dalam kehidupan, iaitu ‘kamu’
25. Cuba bertolak ansur tanpa syarat
26. Apa yg org perkatakan keburukan di belakang kamu, anggaplah ia tiada kaitan langsung
27. Bersangka baiklah pd Allah
28. Sama ada kehidupan kamu baik atau buruk, percayalah semua itu akan berubah
29. Ketika kamu sakit, byk tugasan telah terjejas, yg menolong kamu itu adalah sahabat, maka hargailah mereka
30. Cuba buangkan segala tabiat yg tidak bermanfaat dan berguna
31. Hasad dengki byk membuang masa, adalah lebih baik kamu menggunakan waktu tu utk meningkatkan keupayaan kamu
32. Tiada perkara dalam dunia ini yg mustahil
33. Apa jua perasaan yg kamu lalui, jgn lemah, naif, putus semangat, cuba utk bangkit dan teruskan perjalanan
34. Cuba lakukan sesuatu perkara itu niat kerana Allah
35. Cuba selalu hubungi kedua ibu bapa dan adik beradik
36. Hiduplah bermaruah dan nikmatilah kebahagiaan
37. Cuba utk menjadi seorang yg sentiasa memberi bukan menerima
38. Jagalah agama kamu
39. Ketika kamu bangkit dari Subuh, dan kamu rasakan masih hidup, bersyukurlah pada Allah
40. Doakan kebahagiaan sahabat2 dan saudara2 kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan