♥(¯`•.. Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising
perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari!!
Confirm tak tahan bertutup semua..
Tapi, perempuan cool je..
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebatkan perempuan???
♥(¯`•.. Siapa kata jadi perempuan tu senang??
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit..
Nak pergi kelas pun susah..
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamba je..
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan,survive je
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yg dia sakit
Hebatkan perempuan???
♥(¯`•.. Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul..
Cepat je sensitif
Cuba tengok orang putus cinta!!
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis??
Perempuan kan?
lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan..
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki..
Hebat tak perempuan?
♥(¯`•.. Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Mereka cakap, Allah tak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki??
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami??
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah..
♥(¯`•.. Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg membebel
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
Mereka sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati..
Kesiankan kat mereka??
♥(¯`•.. Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah,
mereka sanggup rosakkan diri mereka
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil..
♥(¯`•.. Persoalannya sekarang..
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan??
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya??
Betul, isteri kena ikut cakap suami..
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya..
Tak adil lagikah Allah pada perempuan??
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan..
♥(¯`•.. Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MasyaAllah, hebatnya perempuankan??
♥(¯`•.. Kenapa perempuan hebat?
sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat..
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuankan???
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan,
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
♥(¯`•..Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu??
♥(¯`•.. Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
♥(¯`•.. Tak adil lagikah Allah dekat perempuan??
Oh perempuan, sedarlah..
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg tak berasas dekat Allah??
♥(¯`•.. Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia..
Bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan..
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasankan??
♥(¯`•.. Sekadar perkongsian bersama
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi??
✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•
—
Tiada ulasan:
Catat Ulasan