23 November 2011

ST10 ! andai kamu tahu ! (luahan hati buat sahabat)



Sahabatku andai kau sedang membacanya sekarang ..
aku ingin kalian tahu bahawa aku ingin bersama-sama kalian ke syurga..

Sahabatku, andai kalian tahu aku sangat berharap agar
Kalian tidak terlalu memikirkan jodohmu di usia sebegini kerana ALLAH telah mengatur segalanya dengan indah sekali.

Sahabatku, aku ingin  kalian tahu bahawa aku begitu menyayangimu seperti keluarga sendiri.
Jika ketika kau menangis aku hanya mampu memberimu senyuman, bukan bermakna aku suka kalian menangis tetapi aku ingin suntik kekuatan untuk kalian.

Sahabatku, tidak pernah terlintas dihatiku untuk menyakiti hati kalian, untuk menyindir kalian. Tetapi jika ada diantara kalian bersedih hati dan kecewa keranaku. MAAFKANLAH.

Aku  perlu bimbingan dari kalian. Aku perlu teguran dari kalian.

Andainya kalian tahu bahawa doaku untuk kalian tidak pernah putus kerana aku mahu masuk syurga dengan KAMU !

Aku tidak minta kalian balas segalanya tetapi aku harap jika suatu hari nanti aku lemah tidak berdaya,
jika suatu hari nanti aku menangis tanpa henti, jika suatu hari nanti aku duduk keseorangan..
Aku harap kalian akan beradA disampingku .. Meskipun ketika itu, aku tidak mampu lagi berkata apa-apa..

Yang meluahkan segalanya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan