24 Januari 2012

Hukum wanita mandi dipermandian awam

Beberapa hari yang lepas aku baru pulang dari bercuti bersama keluargaku. Perasaanku memang agak seronok apabila dapat bercuti bersama keluarga besarku tetapi ada sedikit perkara yang membuatku tertanya-tanya ketika aku sedeng berada di Poring Hotspring (Kolam air panas ataupun tempat pemandian awam yang terletak di Ranau).

Kami ke Poring kerana kami ingin menikmati kolam air panas yang terdapat disana. Kebetulan hari itu merupakan cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia jadi ramai sangat orang yang ke sana. Masa aku disana semua orang memandang aku dengan pelik sangat. Ada juga yang mentertawakan aku. Kenapa?
Biar aku jawab sendiri, sebab aku berenang dengan menggunakan tudung dan pakaian yang menutup aurat. Nampak macam tiada perkara yang salah bukan? Tetapi hanya ada 3 orang sahaja yang memakai tudung ketika berenang di kolam air panas tersebut. Sekali lagi diulang, hanya 3 orang sahaja.  Itupun mereka memakai pakaian yang ketat  dan berlengan pendek. Padahal, disana jumlah pengunjungnya melebihi 80 orang wanita dan aku tahu sebahagian daripada mereka  adalah bertudung ketika sampai di Poring ini.

Agak sedih bila melihat wanita Islam kini yang tidak betul-betul memahami erti sebenar mengenai aurat. Apatah lagi tempat itu merupakan tempat yang sangat terbuka.

Tanpa sengaja, aku terdengar perbualan seorang Makcik yang tidak aku kenali berbual dengan salah seorang ahli keluargaku.
MX = Makcik yg tak kukenali
NK = Salah seorang ahli keluargaku
NK : (Bercakap kepadaku) Buka lah tudung kau tu. Janganlah mandi pakai tudung tu. Tiada orang mandi pakai tudung disini.
MX : Anak aku semua pakai tudung tapi bila sampai sini semua buka tudung.
NK : Alah, biasalah orang mandi tiada pakai tudung.
[Aku hanya berdiam menahan sebak]

Dan sekarang aku telah menemui hukum wanita mandi ditempat awam.




Mari kita betulkan persepsi kita tentang aurat yang sebenar.
Moga Allah meredhai segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan