20 Januari 2012

Take it POSITIVE !


"Kita sering menilai siapa yang menegur bukannya apa yang ditegur."

Betulkan? Kalau sudah namanya manusia mesti kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan sebab kita ni bukannya bersifat maksum. Tapi tanpa kita sedari awal-awal lagi Allah  bagi kita peringatan dan teguran melalui Al-Quran. 

Kadangkala aku juga susah untuk menerima teguran dan nasihat daripada orang lain terutama nasihat daripada keluarga sendiri. Memang aku dengar juga nasihat orang lain tapi kadangkala lambat untukku menerimanya.

Sebenarnya tadi ada seorang guru yang marah kat aku sebab aku tak bawa satu buku tu. Secara jujur, hal ini disebabkan kecuaian aku yang tidak teliti semasa mengemas buku.  After that cikgu tu suruh aku berdiri sambil buat kerja. Masa aku berdiri tu sebenarnya aku sedang menahan kesakitan dan emosi aku. YA SEMUANYA MEMANG SALAH AKU! Aku cuai. 
Pada tahun 2012 ni, aku mahu berubah tapi kenapa ada orang yang masih pandang aku masih macam dulu lagi? 

Perkara yang pelajar seperti saya paling tidak suka ialah dibeza-bezakan. betulkan?
And akhirnya aku terpaksa datang sekolah hantar kerja aku tu sebelum jam 5. Then, aku kena marah lagi oleh parents aku. Padan muka aku! 

TAPIIIIIIIII pasal aku kena marahlah aku sentiasa beringat untuk teliti dalam melakukan apa juga perkara DAN pasal aku kena marah oleh parents aku lah, akhirnya aku sentiasa jadi orang yang buat kerja dengan mengikut masa {menepati masa}. Aku tahu mereka tegur aku sebab mereka nak BETULKAN kesilapan aku dan mereka bukan cuba untuk CARI kesilapan aku.
KERANA MEREKA ADALAH INSAN YANG MENYAYANGIKU!

Pengajaran hari ni : Ambillah sesebuah teguran itu sebagai sebuah teguran yang positif!

~Ku temui kemanisan disebalik kepahitan~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan