15 Februari 2012

Alhamdulillah 13 Februari !!



الصَّبْرُ مِنَ الإِيْمَانِ
Assobru minal iiman
Maknanya : Sabar itu separuh daripada iman







Pada 13 Februari yang lepas genaplah usiaku 15 tahun . Alhamdulillah pada hari ini masih dapat aku menikmati nikmat hidup yang telah Allah bagi . Usia semakin meningkat ajal pula semakin hampir. Entah sempat atau tidak aku sampai ke 13 Februari tahun depan . Allahu alam ..
Sebenarnya aku nak kongsi sikit suka duka aku pada 13 Februari 2012. 
Hanya ALLAH yang tahu bagaimana pilu dan hibanya aku pada hari itu. Kerana cuma ada Allah yang ada padaku setiap masa. Aku cuba menceritakan perasaan aku pada insan-insan yang terdekat akan tetapi SANGAT SUKAR untukku melafazkan kata itu.
Dalam seumur hidup aku, baru pertama kali aku menangis semasa menyambut harijadi ku . Pertama kali aku menangis dihadapan keluargaku. Entah mengapa pada hari itu mudah sangat hatiku tersentuh. Aku sendiri tidak tahu apa yang sedang bermain dalam kotak fikiranku.
Dan walaupun perkara itu sudah berlalu, namun apabila aku meningat kembali tanggal 13 Februari tahun ni airmata akan kembali berderai.
Mungkin semua orang akan gembira pada hari lahir tetapi aku tidak begitu.
Disekolah aku akan kelihatan ceria , bersemangat dan gembira.
Tapi, bila sampai dirumah airmata ni laju mengalir seperti air sungai. Ramai ahli keluargaku yang bertanya MENGAPA AKU MENANGIS?
Aku hanya mampu tersenyum ^-^ kerana aku sendiri tidak yakin apa rasa ni. Mungkin kerana masa silamku dan juga mungkin kerana aku rasa yang tahun depan takkan ada lagi buatku? Allahualam..
Sabar, tabah dan redha  
 Kerana aku tahu apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Semoga dengan ujian yang Allah beri ini akan menguatkan lagi diriku ini.

Allah bagi sakit mesti ada ubatnya. Cuma satu sahaja yang TIADA UBAT iaitu MATI!

Oh ya hampir aku terlupa, sempana hari lahirku yang ke15 tahun ni aku minta maaf kepada seluruh ahli keluargaku, sahabat-sahabatku serta seluruh muslimin serta muslimat sekalian andai aku pernah membuat kalian terguris hati, menyakiti hati kalian, melontarkan kata-kata yang buruk, termakan @ terminum hak kalian, pinjam duit tak pandai bayar balik kah dan sebagainya. Harap kamu semua maafkan aku ya?

Mana perkara yang baik kita mantapkan lagi, mana yang buruk kita cuba perbaiki kan?

Semoga kita semua dibawah rahmat Allah  
Kita datang dariNya dan suatu hari nanti kita akan kembali kepadaNYA.
Kita datang dalam keadaan yang suci bersih dan semoga kita kembali dalam keadaan itu juga. InsyaAllah.



 Terima kasih kepada ibu dan ayah kerana membuat majlis hari lahirku. Walaupun simple tapi sangat berharga.
Syukran ya  usrati..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan