7 Februari 2012

idhhakuu qaliilan wabkuu khatiiraa

اِضْحَكُوْا قَلِيْلاً وَابْكُوْا كَثِيْرًا
idhhakuu qaliilan wabkuu khatiiraa
Maksudnya : Ketawalah sedikit dan menangislah banyak

Hidup takkan sempurna jika bahagia datang tanpa derita. Setiap perkara ada lawannya contohnya : Ada lelaki, ada perempuan, Ada sakit ada penawar, Ada hitam ada putih, Ada pertemuan ada perpisahan, ada tangis ada tawa dan sebagainya. Kita hidup ini adalah suatu amanah dan banyak nikmat yang ALLAH bagi kat kita tapi kita tak pandai mensyukuri.

Bila sedih kita dekat sangat dengan ALLAH tapi bila gembira kita jauh sangat dari Allah. MENGAPA BOLEH JADI BEGITU?

Sebab.. ALLAH bagi nikmat itu sikit-sikit  tapi setiap masa jadi kita tak sedar yang sedikit itu sebenarnya telah menjadi banyak sangat seperti ilmu. Dari kecil kita belajar . Misalnya dari kecil kita malas sangat nak belajar  merangkak, mungkin kah hari ini kita akan pandai berjalan?
Kalau dulu kita putus asa untuk mencuba mungkin sampai sekarang kita takkan tahu kekurangan dan kelebihan diri kita .

Lari dari tajuk la pula, mari kita berbalik kepada tajuk. 
Sebenarnya aku buat tajuk ini sebab aku ingin mengingatkan diriku serta sahabatku yang lain agar jangan terlalu banyak ketawa kerana ia akan mengggelapkan hati. 
Aku pun rasa kadang-kadang aku terlalu banyak ketawa sehingga aku rasa sangat susah untukku mengeluarkan airmataku.

Aku ketawa sebenarnya untuk sembunyikan perasaanku yang tersinggung dan terluka ketika sahabtku telah menyinggung perasaanku dengan kata-kata mereka. SABAR .
Kerana aku tahu mereka dan aku sama-sama manusia dan mereka dan aku juga melakukan kesalahan yang sama. Melukai dan dilukai.

Itu ketawa, sekarang menangis pula. 
Sekarang saya nak tanya bila kali terakhir anda menangis?
Tadi? Sebulan lepas? 3 bulan lepas? Setahun lepas?
Kenapa anda menangis?
Boyfriend tinggalkan awak? Boyfriend awak ada skandal? Girlfriend awak kenyit mata dengan kawan awak?

Relevankah andainya itu jawapan yang anda beri? Itu yang buat anda nangis teresak-esak?

Mungkin ada juga yang akan jawap "mak saya marah saya tadi" atau "cikgu saya rotan saya sebab tak siap kerja sekolah.."

Kalau awak nangis pasal itu pula, cuba relax dan fikir dengan tenang semua itu salah siapa?
Bila dah salah tahu buat apa? cepat-cepat MINTA MAAF!
Bapa saya cakap semua orang akan jadi lembut bila ada kata maaf yang dilontarkan dari hati yang ikhlas dan tulus.

Tayyiba, sampai sini sahaja coretan saya hari ini. Wa illal liqa .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan