26 Februari 2012

Pahit !

Assalammualaikum!


Khaifahalukum? Mudah-mudahan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Berdasarkan tajuk diatas apa mesti kamu tertanya-tanyakan apa yang pahit ?
Sini aku jawab apa yang aku katakan pahit itu adalah perjuangan.
Perjuangan itu ada macam-macam dan perjuangan itu SEMESTINYA akan ada pelbagai cabaran.

Post kali ini pula aku nak cerita tentang kehidupan dan sahabat seperjuanganku yang lain.
Tahun ni aku dan sahabat yang lain akan menghadapi sebuah peperiksaan yang besar.
Jadi dari awal tahun ni lah kami kena kerja keras sebab nak dapat result yang mantap.

Dari hujung bulan satu lagi kami langsung tiada cuti.
Setiap hari sekolah .Isnin-Ahad.
Dah berminggu kami sekolah seja.
Tapi bukanlah kesekolah tu saja2 kami nak tuntut ilmu la.
Sekolah ni dah jadi rumah ke-2 kami.

Ada lagi sahabat aku yang malam pun tuisyen kat sekolah.
Penatkan?
Pagi-petang . Lepas tu malam datang sekolah lagi.

Tapi kami tahu yang ilmu itu penting sangatsangat.
Islam pun menyeru kita semua mencari ilmu .
Kerana ilmu itulah yang akan membezakan kita dengan perkara yg hak dan batil.

Tetapi sepandai mana pun seseorang itu takkan menandingi kehebatan ilmu Allah.

•✿•Ilmu vs Harta •✿•
••►Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.
••►Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.
••►Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.
••►Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.
••►Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.
••►Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.
••►Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah,sedangkan harta lambat laun akan habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan