3 Mac 2012

Madihah itu Ilham

Bismillahirrahmannirrahim.




Alhamdulillah. Terima Kasih ya Allah.
I love you Allah

Cuba teka siapa kakak comel yang bertudung biru itu ?
.
.
.
.
.
.
Itulah dia Kak Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal
Ikon Malaysia tu !!
Kak Madihah jadi ikon sebab dia dapat 20A1 dalam SPM 2008.
Hebat kan kakak ni .


Walaupun dia datang daripada keluarga susah tapi itu BUKAN alasan kak Madihah untuk capai 20A.
Kak Madihah tu bukan sahaja akademiknya mantap tetapi akhlaknya juga patut diteladani.
Kak Madihah sebenarnya belajar di Jordan bersama Arwah Abang Ilham Elani bin Jamal Sulai.
Kawan karib lagi tu dengan Arwah Abang Ilham. 
Sebab tu lah kenapa kak Madihah nak datang ke sekolah saya.

Tak dapat dinafikan lagi, kak Madihah memang tak prnah sombong dengan kejayaan yang dimilikinya.
Dia tidak pernah lupa dari mana dia berasal.

Program Bicara Madihah yang telah diadakan pada Jumaat lepas, sedikit sebanyak memberikanku motivasi.
Dalam program itu, banyak perkara yang diselitkan terutama tentang ibubapa.
Secara jujur aku menangis sangat masa program tu dijalankan.
Masa motivasi darjah 6 dulu aku taklah menangis sangat pun .
Perasaan aku kurang tersentuh sikit.
Al-maklumlah masa tu belum lagi rasa erti kegagalan.
Sewaktu aku dapat result UPSR dulu baru aku menangis teresak-esak.
Apa boleh buat "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna!".

And now, aku mahu sangat dapat 9A <InsyaAllah>
Meskipun result UPSR aku taklah bagus sangat pun.

Berbalik kepada program tu,
saat yang paling buat airmata aku jatuh ialah masa kena suruh pejam mata.
Mula-mula aku ok ja tapi ada satu part tu wat aku nangis sangat.

Muala-mula kena suruh pejam mata lepastu bayangkan anda kesekolah dapat result dan semuanya A.
Pastu pulang rumah masa tu ibu tengah cuci pinggan kita peluk ibu dari belakang dan bagi result exam.
Bayangkan masa tu ibu kita cium pipi kita sambil airmatanya mengalir.

Oklah tak payah lah aku ulang saat-saat yang sedih tu . Mahu nangis aku bila ingat balik :(
Moral of the story : Hargailah ibubapa anda . Buatlah apa sahaja untuk mereka . InsyaAllah syurga menanti buat anak yang soleh.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerna buat program macam tu . Len kali buat lagi ya.
Buat KAK Madihah datang lagi sekolah kami ya ! Sayang Kak Madihah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan