13 Mac 2012

Mati . KITA BILA LAGI ?


Pada hari ini seluruh rakyat Malaysia telah digemparkan dengan pemergian seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang daripada 1 Mac yang lepas. Adik Nurul Nadhirah Abdullah ditemui rentung terbakar.
 
Kesian kan ? Singkat betul masa adik tu hidup didunia. Tapi insyaAllah adik tu akan berada bersama orang yang beriman dan akan menjadi bidadari disyurga nanti. InsyaAllah.

Saban hari aku terfikir bila lagi masa aku tiba? Setiap hari aku mendengar berita kematian. Pelbagai cara mereka pergi menghadap Illahi sama ada dengan HUSNUL KHATIMAH mahupun SUUL KHATIMAH.
Kita pula bagaimana? Ada siapa yang tahu?

Tidak semestinya orang yang sakit kuat akan pergi dulu.
Mungkin orang yang tengah sihat wal afiat itu yang akan pergi dulu.
 
Tapi kalau kita dah mati akan terhenti semua amalan kecuali :
1) Sedekah yang berpanjangan
2)Ilmu yang bermanfaat
3)Doa anak yang soleh

 Tengok betapa hebatnya kuasa Allah biarpun kita kena seksa dalam kubur tapi masih ada amalan kita yang masih bertambah untuk beratkan timbangan kita untuk ke syurga.
Aku taknak tulis panjang2 la post kali ni . Cuma nak muhasabahkan diriku dan juga dirimu.

So, dah sedia andai sekejap lagi Malaikat Izrail cabut nyawa kita?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan