14 Mac 2012

Hanya Allah disisiku


Entah mengapa dalam beberapa hari ni hati mudah sangat tersentuh, tertekan dan terkadang hati ni membuatkan air mata jatuh.
Diri ini cuba untuk melawan perasaan tertekan tapi diri ini lemah sangat.
Diri ini sudah cuba untuk tabah tapi hati cepat sangat tersentuh.
 
Tapi.. 
Alhamdulillah, Allah sentiasa disisiku.
Setiap kali kesedihan datang lantas tangan ini membuka ayat-ayat cintaNYA.
 Namun, pabila diri ini membaca ayat-ayat cintaNYA airmata kegembiraan pula mengalir dipipi ini.
Sungguh indah dan hebatnya ayat Sang Pencipta.
Terasa bagai diri ini tak layak memasuki syurgaNYA.

Diri ini yakin DIA sedang mencintaiku kerana itulah DIA memberi diri ini ujian.
Diri ini meminta sebuah kekuatan dan DIA beri diri ini ujian membuktikan bahawa diri ini mempunyai kekuatan yang kuat.
Allah tak beri kekutan begitu sahaja.
DIA titipkan juga hidayah serta usrati yang sangat menyayangi diri ini agar diri ini tak melupakan YANG MAHA MENCINTAI.

Walaupun diri ini tak dapat melihatNYA namun diri ini yakin DIA sentiasa mencintaiku.
DIA telah mengirimkan ayat-ayat cintaNYA namun terlalu banyak sehinggakan diri ini tak dapat menghabiskan masa untuk membaca ayat-ayat cintaNYA.

Akhirnya baru aku sedari biarpun mereka menjauhi TETAP ada menyayangi.
Alhamdulillah.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan