22 Mac 2012

Berubah ?





Bismillahhirrahmannirrahim ..

Assalammualaikum? Khaifahalukum?
Mudah-mudahan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Baiklah, hari ni aku nak cerita sikit tentang berubah.
Disini aku lebih fokus tentang individu seseorang.

Ramai orang didunia ni nak berubah tapi malu, takut, risau dan sebagainya.
Macamana perasaan malu, takut dan risau ini boleh muncul dalam hati kita?

Jawapannya senang!
Bisikan syaitanlah yang menyebabkan kita rasa ragu-ragu nak berubah.
Sepertimana yang telah kita tahu, syaitan ni telah berjanji akan menyesatkan anak Adam hingga ke hari Kiamat.
 
 “…Saat Allah swt  MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA  menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt  melenyapkan segala rasa PUTUS  ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN  berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik…:”AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU…”

Kalau kita nak berubah tetapkanlah matlamat kita betul-betul.
Misalnya kita nak berhijrah dari yang buka aurat nak berubah jadi tutup aurat.
Kita jangan hirau orang kata kita kolot lah, tak trendy la.
Kalau niat kita lillahitaa'la memang Allah akan bgi kita banyak ujian dulu sebab Allah nak uji sama ada niat kita benar-benar ikhlas ataupun kita akan lebih terpengaruh dengan duniawi.
Bila dah pass ujian nak berubah datang lagi syaitan.
Syaitan yang datang kali ni bukan syaitan yang biasa-biasa syaitan diyang datang tatkala kita dah berubah, datanglah syaitan yang dah tahap master tu.
Syaitan yang lebih hebat goda kita untuk sesat.

Jadi tips untuk berubah ialah : kita berubah perlahan-lahan.
Jangan terlampau drastik sebab takut kita akan rasa bosan dengan perubahan kita.
Takut hati kita masih belum kekal dengan apa yang kita mahu.

Orang cakap biar lambat asal selamat kan?
Bila kita berubah Allah tak tengok hasilnya. Tapi usahanya yang dilihat dulu.
Sebab usaha itu sangat penting.
Kita takkan dapat tuai hasil yang baik kalau kita tak ada usaha yang keras.
Betul tak?
 
Baiklah sampai disini sahaja coretan hati saya hari ni.
Andainya ada lagi masa untukku menulis.
InsyaAllah . Akanku sampaikan juga ilmu ku yang cetek ini.


Minta maaf andainya ada tersilap bahasa. Maaf juga kepada orang yang lebih dewasa kerana menggunakan perkataan "aku".
Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan