20 Oktober 2012

Kenapa rasa ini timbul ekh ??!


Perasaan cinta yang lahir dalam diri manusia itu adalah perkara biasa terutama bagi jiwa remaja yang masih belajar mengenal erti kehidupan.  Cinta itu fitrah dan suci. Apabila perasaan itu datang menerpa tiada siapa pun yang dapat menolaknya.

Ada satu baris lagu nasyid dendangan sebuah kumpulan  yang terkenal yang berbunyi “Siapalah aku menolak cinta yang hadir di jiwa tanpa dipaksa..“

Namun bagi remaja yang masih belum selesai melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, perasaan atau nafsu itu hendaklah dikawal dan dijaga dengan baik agar sentiasa berada dilandasan yang benar.

 “Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam HATI kita. Namun, bukan kita penentu segala. Tapi Dia, ALLAH..”

CINTA yang sebenar itu akan timbul setelah akad nikah dilafazkan oleh seorang lelaki.

“Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..”

Mengapa hati kita ni sering ingin mencari gf/bf?
Kadang-kadang hati kita ni kosong dan kita terlalu memikirkan duniawi sahaja. Wahai hati, bersangka baiklah pada Allah . Sebab, Allah is the best planner!

009
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Dalam ayat di atas Allah dah bagitahu Allah dah bagi kita akal untuk berfikir antara yang hak dan yang batil supaya kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah bagi walaupun nikmat itu sekecil zarah. Hanya orang yang tahu bersyukur sahaja dapat merasai nikmat Allah

Wahai remaja, pesan pada diri anda hidup terlalu singkat itu menunggu sesuatu yang belum pasti menjadi milikmu. Rohani yang kosong akan itulah yang membuatkan anda mencari-cari CINTA berlainan. Isi dulu hatimu itu dengan cintamu kepada RABB, cintamu kepada Rasulullah serta cintamu terhadap kedua orangtuamu. Jika kamu mencintai Allah dengan setulus jiwamu, Allah pasti akan memberi seseorang yang juga mencintaimu kerana Allah.


PERCINTAAN yang HALAL itu jauh lebih INDAH...

*BERSABARLAH.... ^_^


~..TAKUT TIDAK ADA JODOH? ~

~> JODOH memang tidak akan datang bergolek..cumanya untuk mencari jodoh, pertama..cari yang BAIK dan SOLEH ataupun jadi yang terbaik dan sesolehah mungkin..InsyaAllah, Allah akan KIRIMKAN jodoh yang "Superb Duperb" terbaik buat diri, apa yang hendak takut dan risau..Allah telah berjanji, “Perempuan yang BAIK untuk lelaki yang BAIK”..oleh itu, jangan takut and jangan sedih kerana kita ada Allah.. ^_^1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan