1 September 2012

Berkorban itu penting !

Kadang kala bila kamu nekad menjauhi diri dari seseorang bukan bererti kamu tidak memikirkan dia, dan bukan kerana nilai rasa itu pudar, akan tetapi kamu mengerti akan satu hakikat bahawa kamu tak mungkin dapat bersamanya.. :,)
Menangis dalam Diam..
Luka dalam Senyuman..


Kadang-kadang kita perlu lepaskan SESUATU yang KITA ANGGAP PALING BERHARGA SEKALI DALAM HIDUP KITA untuk kita beri kepada orang yang kita sayang..
Lebih baik kamu pilih orang yang sayang kamu daripada orang yang kamu sayang, maka kamu akan bahagia
Sebab kadang-kadang sesuatu yang berharga tu mungkin Allah tak takdirkan sesuatu tu untuk bersama kita.
Mungkin Allah nak bagi hadiah yang lebih berharga daripada apa yang kita miliki.. Siapa tahu kan?
Jangan kita pandang sesuatu perkara itu buruk jika kita belum mencubanya.
Apapun yang bakal kita tempuhi hadapilah segalanya dengan senyuman kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih..
Walaupun senyuman tidak akan menyelesaikan apa-apa, namun senyuman adalah permulaan sebuah penyelesaian :)

Pertemuan, jodoh, ajal, maut dan rezeki...semua tu datangnya dari DIA...kita hanya mampu merancang dan segala2nya DIA yang menentukan...
Jodoh kita dgn manusia belum tentu, tapi jodoh kita dgn AJAL adalah satu kepastian..




♥ Kadang-kadang yang membuat kita KECEWA bukanlah si dia yang kita sayangi...tetapi kerana kita menaruh HARAPAN yang terlalu tinggi.. 
JANGAN PERNAH MENYESAL mengenali seseorang kerana seorang yang baik akan membahagiakan, yang tidak baik adalah pengalaman, yang terburuk memberi pengajaran dan yang TERBAIK ingat sebagai KENANGAN..


Luahan dari hati...,
And now, satu perkara yang aku percaya jangan menunggu atas sesuatu yang tak pasti sebab semuanya telah ditulis di Arasy Allah..
Kesakitan itu tiada siapa yang tahu tapi ADA YANG MENDENGAR..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan