18 Disember 2012

Debaran kian memuncak, Harapan kian menggunung!




Esok merupakan hari yang terpenting bagi semua calon PMR 2012. Hari kemuncak dimana, yang berjaya akan disanjungi, dihormati, disayangi dan akan disebut-sebut. Bagi yang kurang berjaya pula, akan menyepi akan berasa rendah diri.

Sahabat sahabiahku sekalian, ingatlah kita belajar kerana Allah. Kita duduk exam itupun kerana Allah. Jom sama-sama kita betulkan niat kerana Allah sebelum ambil HASIL kita esok. Jangan mengharapkan hadiah ataupun pujian dari manusia semata-mata. TIDAK AKAN MASUK SYURGA ORANG YANG MEMPUNYAI SIFAT SOMBONG DALAM DIRINYA WALAUPUN SEBESAR BIJI SAWI.
EXAM ITU KEPERLUAN AKHIRAT ITU TUJUAN

Ana teringat beberapa pesan 2 orang hebat beberapa hari lalu:
Pesan seorang akhi pada ana "Allah takkan tengok semua tu dek. Allah takkan tengok sijil kamu tu, Allah takkan pandang pun apa yang kamu buat tu seandainya kamu tak buat dengan niat IBADAH dan IKHLAS kerana Allah"
Pesan seorang ukhti pula "Segala apa yang kamu buat tu Allah mau tengok USAHA kamu buat bukannya HASIL. Hasil itu adalah ganjaran buat kamu. Didalam usaha itulah terletaknya berbagai-bagai cabaran dan disitulah Allah menilai kamu. Didalam usaha kamu tu, Allah mahu tengok sejauh mana kebergantungan kamu padaNYA"

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, perbanyakkanlah solat hajat dan sentiasalah zikrullah disaat-saat genting seperti ini.  Tapi ingat bukannya masa nak exam atau ambil result jer tapi SENTIASA sebab tujuan hidup kita adalah Allah.

Kita didunia ni sebagai 3 perkara :
-Hamba Allah (Untuk beribadah)
-Khalifah (Untuk memimpin)
-Daie (Pendakwah)
Setiap insan pasti akan memegang perkara di atas kerana ia adalah tanggungjawab bagi setiap individu.



Gambar-gambar ketika hari terakhir PMR (Paper BA)
Semoga keputusan yang diperolehi adalah keputusan yang JUJUR dan betul-betul atas usaha kita. 

 Bukan senang nak penuhkan impian kedua orangtua kita yang tak berhenti mendoakan kita & guru-guru yang bertungkus-lumus 24/7 mengajar kita tapi andainya impian itu tak dapat dipenuhkan, sekurang-kurangnya kita takkan langsung kecewakan mereka.


Esok sebelum keluar rumah esok baca surah Taha 26-28:
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan