4 Januari 2013

Mengusung Rindu..

2012 telah melabuhkan tirainya.. Kini aku membuka lembaran baru 2013.. Kekuatan mulai teruji.. Bermulalah kematangan dalam diri saat ditimpa ombak kerinduan.. Mencari dimanakah hilangnya keceriaan itu, mencari dimana hilangnya kegembiraan itu dan mencari dimanakah perginya kebahagiaan itu.. Menampakkan senyuman tak bermakna kegembiraan itu ada.. Disebalik senyuman, beribu kisah yang ingin ku kongsi, beribu kerinduan yang ingin ku luahkan, beribu kasih sayang yang ingin ku ungkapkan dan beribu-ribu lagi perasaan yang tak terucap dari bibir tapi tersingkap dalam doa..

Kita ditakdirkan bertemu.. Persahabatan yang ku kira amat singkat usianya bukanlah menjadi ukuran.. Tapi pengalaman yang mendewasakan itulah yang membuatkan diri ini sering mengingat kalian.. Memori yang terukir di batu perjalanan sukar sekali untuk kita padam kerana dari memori itu membentuk peribadi kita hari ini.. Memori itu mengajar kita berdikari untuk membina semnagat diri.. Sungguh berharganya memori itu..
"Mengapa kita ditemukan dan akhirnya kita dipisahkan? 

Mungkinkah menguji kesetiaan Kejujuran dan kemanisan iman Tuhan berikan daku kekuatan ..
Mungkinkah kita terlupa Tuhan ada janji-Nya Bertemu berpisah kita ada rahmat dan kasih-Nya"
Lirik lagu dari kumpulan nasyid terkenal Brothers yang bertajuk Untukmu Teman ini persis seperti apa yang terlintas difikiranku..

Manisnya pertemuan itu, pahitnya perpisahan itu.. 
Namun,
Allah jauhkan kita sebab Allah nak kita lebih menghargai perasaan masing-masing..
Allah pisahkan kita sebab Allah nak dekatkan lagi hati kita..
Allah jarakkan kita sebab Allah nak kukuhkan lagi ukhuwwah kita..
Jika kita mengamati dengan teliti betapa besarnya hikmah sesuatu perkara pasti kita akan terpegun, kita akan terpukau dengan hikmah itu..
Alhamdulillah.. Manusia merancang dengan cita2 tapi Allah merancang dengan CINTA:)

Dihimpit dengan kasih sayang, dibalut dengan kerinduan. Sehingga terasa sesak dan ingin sekali untuk melupakan kenangan itu.. Tapi untuk melupakan seseorang yang kita sayang, sama seperti mengingat nama seseorang yang kita tak pernah kenal.. 

Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan insan-insan yang sama-sama berjuang mencari redhaMu.. Syukur ya Allah mengurniakan insan yang menyayangiku seadanya.. Kuatkanlah tautan kami ya Allah.. Dekatkanlah jiwa kami ya Allah.. Satukanlah kami di Raudhah JannahMu..


Benar, apa yang telah dijanjikanNya.. Telah termaktub dalam Al-quran uslub menenangkan diri.. Allah,Allah,Allah=)

P/S : walau dimana pun kita berada sentiasalah membawa panji-panji islam untuk menegakkan syiar islam di muka bumi ini.Jadilah seperti hamzah r.a yang sentiasa digeruni oleh pihak lawan dengan kegagahannya membawa din(agama) ini.... Pesanku, kuatkanlah hatimu, tabahkanlah jiwamu. Dalam usia yang menginjak dewasa ini pelbagai onar yang mendatang.. Tarbiyah yang ada dalam diri setiap insan akan hilang bila-bila masa andai yang dipandang hanya dunia..Uhibbukumfillah=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan