6 Februari 2013

Al-Khawarizmi : The New Life Beginning ;)

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam yang mentadbir bumi ini dengan seadil-adilnya.. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita.. Nabi Muhammad (SAW) dengan perjuangan baginda dan sahabat-sahabat baginda akhirnya, pada hari ini dapat kita merasai kemanisan iman yang hakiki.. Alhamdulillah..


Kilat sambung menyambung.. Hujan jatuh ke bumi seolah-olah tak mahu berhenti.. Tapi lebih kurang 20 minit selepas itu, hujan mulai reda.. Sinar mentari kian menyinar.. Pelangi muncul disebalik kegelapan awan yang tergantung di langit.. 

Begitu indah aturan Allah.. Sungguh ALLAH MAHA ADIL.. Tak pernah Allah ciptakan sesuatu perkara itu sia-sia.. 



31/12/12
Aku melangkah masuk ke SMK Putatan dengan penuh pengharapan.. Dari rumah aku cuba untuk sematkan bahawa "Allah adalah sebaik-baik perancang, segala yang berlaku ada beribu hikmah  yang Allah selitkan".. Aku tau hari ni kehidupanku 100% akan berubah.. Tiada lagi gelaran 'pelajar kelas arab' bagiku dan paling menyedihkan apabila aku dan sahabat-sahabatku dipisahkan kelas.. Minat yang berlainan membuatkan kami terpaksa berpisah jasad tapi bukan jiwa yang telah diikat erat dengan ukhuwwah lillahitaala:') Setibanya aku di 4 Al-Khawarizmi.. Jatuh airmataku.. Begitu berbeza kehidupanku tanpa An-Nur yang tiap tahun mengisi kelas itu.. Tapi aku kena kuat.. Melangkah penuh harapan.. Cuba menabahkan hati yang sedang terluka.. Tetap menguntum senyuman walaupun rindu sedang bertamu ^_^


4/2/13
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. Kekuatan yang selama ni kubina akhirnya kukuh menjadi  semangat.. Hari-hariku yang dibalutkan dengan airmata telah berakhir.. Hikmah disebalik setiap ujian sangat besar.. 
Allah letakkan aku disini untuk Islam.. This is chance for "DAKWAH" ..
ALLAH letakkan aku disana untuk aku bantu orang lain..
Allah letakkan aku di 4 Al-Khawarizmi untuk aku belajar untuk berdiri sendiri.
Allah letakkan aku disana untuk aku lebih dekat denganNya.. Kita mungkin pernah kehilangan. Namun yang hilang bukan kenangan. Kenangan tidak mungkin hilang walau ia perit dan pedih. Jika kenangan itu masih segar, usah tangisi kehilangan kerana kenangan pengubat rindu yang telah kita tinggalkan... Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita.. Jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya.. Jika kita sandarkan segala yang telah berlaku itu adalah dari Allah SWT, nescaya hati kita akan merasa senang dan tenang.
Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan kebaikan semata-mata. Jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan