3 Mac 2013

Pergilah wahai sepi..

Alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran buat RABB pemilik jasad dan nyawa ini atas kesempatan dan peluang membenarkan tangan ini untuk berkongsi kisah hidup supaya dapat dijadikan iktibar bersama.Selawat dan salam kepada kekasih Allah yang tercinta, Rasulullah SAW yang dirindui selalu. Berkat perjuangan baginda dan sahabat kini kita bergelar ISLAM..
13 Februari 2013
SANAH HELWA DIRI !!
Hari yang kunanti-nantikan telah berkunjung tiba:) TAPI, Allah tahu apa yang kita tak tahu kan ?

 

Jam 12 tengah malam - Nenda tercinta telah dihantar ke hospital kerana nenda mengadu kesesakan nafas. Nenda dimasukkan ke wad separa kritikal.. Pada bulan 10 tahun lepas nenda pernah dimasukkan ke wad asbab yang sama.

Jam 3 pagi - Seluruh ahli keluarga ditelefon dan disuruh datang ke hospital kerana nenda kini tidak sedarkan diri dan berada di wad kecemasan. Suasana jalanraya yang lengang memudahkan perjalanan kami.. Setibanya kami di hospital ramai ahli keluarga yang telah berada di depan wad kecemasan.. Mata yang mengantuk akhirnya segar.. Tiba siapa yang boleh tersenyum dan ketawa tika itu. Bacaan Yassin tidak putus-putus kami bacakan untuk nenda.. Namun, tiada sebarang perubahan sehingga pagi menjelma. Aku pulang kerumah pada jam 8 pagi dan kembali ke hospital pada jam 9 setengah pagi.. Aku dan keluargaku duduk di ruang menunggu sehinggalah Maghrib menjelma.. Pelbagai ragam dan lagak manusia yang kulihat pada hari itu.. Banyak yang aku belajar pada hari itu.. Dalam masa yang sama aku menyambut hari kelahiranku disana tanpa kek, tanpa hadiah cuma pengalaman dan pengajaran yang lebih berharga dan tidak mungkin orang lain akan dapat..



14 Februari 2013
Jam 1.30 petang - Ibu, ayah dan aku bergegas ke hospital.. Kami kesana agak lambat pada hari itu kerana ibu dan ayahku bekerja pada pagi itu.. Sewaktu dalam perjalanan ibunda ditelefon oleh salah seorang ahli keluarga yang menyuruh kami datang ke hospital dengan segera.. Suasana diselubungi dengan perasaan gusar dan resah.. "Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang".. Setibanya disana, gugur mutiara-mutiara jernih dari setiap ahli keluargaku disana.. Aku cuba untuk menyembunyikan perasaan itu tapi baru sahaja Yassin ingin kubaca, terungkaplah rasa itu.. Namun, kucuba pujuk rasa itu sendiri kerana masing-masing sedang sibuk dengan urusan sendiri.. Aku cuba semat dalam diri "Ada hikmah disebalik semua yang terjadi".. Terima kasih ya Allah kerana sudi meminjamkan nenda padaku walaupun hanya dalam tempoh 16 tahun aku bersama nenda.. Nenda tercinta telah lama sakit, semoga dengan sakit itu akan menjadi kifarah dosanya:')
 
= Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir =
=Sayangilah semua orang yang berada di sekeliling anda=
Allah ambil orang yang kita sayang pergi bukan sebab Allah zalim terhadap kita tapi sebab Allah nak pergantungan kita pada Dia lebih kuat.

think positive to Allah ♥
 p/s : sekarang tanah air yang tercinta sedang dimasuki penceroboh telah ramai pejuang yang mati syahid.. Jom sedekahkan Al Fatihah buat semua orang yang telah tinggalkan kita :'(
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan