19 Mac 2013

Mereka yang dirindui fillah :')


Dengan nama Allah yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG..
Kumulakan tintaku dengan asma-Nya. Semoga segalanya diredhai..
Bersabar dengan takdir yang menyulitkan. Hanya dengan percaya cantiknya kerja Allah, maka barulah kita mampu senyum dalam kesakitan dan mampu untuk terus berjuang, sekalipun dalam ketakutan. Kematian hanya memisahkan kita daripada keluarga dan sahabat, tapi selagi doa dan ingatan masih ada, tidak akan terputus ikatan kekeluargaan dan persahabatan itu.  Mari kita mulakan dari sebelah kanan..

Maria Illyana Binti Mohd Ridzuan Ben
First entry for Maria : http://annuurgeneration.blogspot.com/2012/01/minggu-pertama-bagi-tahun-terakhir-kami.html
Walaupun baru setahun lebih diri ini bertemu dan membina ukhuwwah dengannya tetapi, terlalu banyak kenangan yang sudah dibina bersama.. Masihku ingat saat pertemuan pertama kita, tidakku sangka akan bertemu denganmu.. Maaf atas kurangnya layananku padamu. Mungkin aku kurang perhatian padamu yang membuatkanmu berasa kecil hati . Namun, itu bukanlah niatku.. Tarikh 10 Januari 2013 menjadi tarikh terakhir sahabatku ini menjadi pelajar SMKP.. Seorang kecil molek tapi mudah mesra.. Berat hati untuk melepaskannya tapi demi cita-cita & impiannya, kurelakan perpisahan ini terjadi buat seketika. Maria, semoga kau bisa menggapai impianmu untuk menginjakkan kaki ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Anis Mohd Nasir
Saat pertama kali ku bertemu dengannya bukanlah dalam kelas An-Nur tapi dari sekolah rendah lagi. Namun, pertemuan kami dalam kelas An-Nur menguatkan lagi ikatan ukhuwwah kami. Dia terpaksa meninggalkan SMKP kerana telah mendapat tawaran di SM Teknik Keningau dalam bidang fesyen. Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan kesejahteraan dan kejayaan dalam kehidupannya dunia & akhirat..

Nur Fareesah Aqilla Binti Omartin
Salah seorang sahabat setia yang sangat memahami, menyayangi & menerima diri ini apa adanya J Walau pada mulanya jiwa kami tidak seiring kata namun tanpa kami sedari dalam 3 tahun kami telah membina ukhuwwahfillah.. Orang yang pertama berpindah ke MRSM Sandakan. Dialah orang yang selalu menyuntikkan semangat & keceriaan dalam diri ini.. Seorang pembakar api kekuatanku.. Semoga kau tabah disana.. Allah menyayangimu..

Nur Syahirah Nurdin
She is very caring, supportive and lovely friend.. SeKarang telah berpindah ke MRSM Sandakan bersama Fareesah & Syarifah.. Bercita-cita besar dan berbakat besar dalam bahasa Inggeris.. Seorang yang sangat pemurah dan juga suka membantu.. Syukran jazilan sebab tidak lokek dengan ilmu yang dimiliki.. Jazakillah.. Terima kasih kerana selalu sudi menumpangkanku.. Kini, dia telah pergi jauh dariku tiada lagi orang yang dapat ku tumpang :) Kali terakhir berada di SMK Putatan 13 MAC 2013 (Selasa).. Moga Allah permudahkan urusanmu untuk belajar diluar Negara. 

Syarifah Fadhlina Izzati Binti Saidi
Insan ini yang telah bersama-sama menanis denganku suatu ketika dahulu. Saat-saat getir & pahit telah kami lalui bersama. 9 tahun ukhuwwah kami telah bersemi. 9 tahun bukanlah wktu yang sekejap. Perlu ada kekuatan untuk melepaskannya. Maaf, mungkin dalam tempoh perkenalan kita, telah dalam luka yang ku buat dalam jiwamu.. Kadang, diri ini langsung tidak menghargaimu.. MAAF.MAAF.MAAF.. Dia seorang pendiam tapi bijak dan sahabat yang baik serta penyabar.. Sukar untukku bertemu sahabat sebaik dia.. Kali terakhir berada di SMK Putatan 13 MAC 2013 (Selasa).. JAZAKILLAH & SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT .


Wahai Sahabat terima kasih atas segala kebaikan akhlakmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dorongan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih kerana telah mau menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.
Walaupun tiada setitis pun airmataku yang gugur tatkala kalian melangkah keluar dari SMKP tapi, aku tetap sayangkan kalian. Walau seluas lautan kukumpulkan titisan-titisan kaca jernih yang gugur dari pipi, tidak akan dapat kuputarkan kembali walau sesaat waktu tertawa kita bersama.. Tatkala ku pandang potret kita bersama, disitulah kutemui kekuatan itu :)




Ya Allah,peliharalah sahabatku ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya..sayangi dia di kala rasa sayangku tak mampu mengheretnya walau selangkah menuju Engkau..

Ya Allah,perhatikanlah dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata-kataku sahaja..kerana Engkau punyai segala yang aku tidak punya..kerana aku ingin dia selalu menjadi temanku untuk agamaMu..

Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini tidak ketahui..


Duhai sahabat-sahabat fillahku, walau jasad kita terpisah jauh, ukhuwwah takkan pernah retak dan jiwa yang menyayangimu ini takkan pernah berhenti menyayangimu.. kerana kita sahabat sampai syurga :')

Uhibbukunnafillah jiddan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan