21 April 2013

Medan tarbiahku (siri 1)

Dengan nama Allah.. Tinta ini ku mulakan :)

Aku bersyukur ke hadrat Illahi.. Pencipta sekalian alam yang masih mengizinkanku hidup untuk meneruskan perjuangan Rasulullah menebarkan dakwah Islamiyyah . Kali ini inginku ceritakan serba sedikit kepahitan  dan kemanisan dalam bergerak kerja bersama sahabat seperjuanganku..


Inilah antara program yang kurang daripada 24 jam aku sertai bersama mereka.. Namun, pengisian yang sangat padat dapat menitikkan keinsafan ke dalam jiwa-jiwa remaja ini..

Program qiammullail disertai oleh remaja yang berumur 12 hingga 19 tahun.. Tapi, terdapat juga pelajar yang berumur 10 & 11 tahun menyertai program ini. Aku amat kagum dengan mereka yang berada di awal zaman remaja ini kerana dengan usia semuda itu mereka telah menjejakkan kaki ke program Islam. Hal ini membuatkanku teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh ketika usia 12 tahun, baginda telah memangku jawatan khalifah yang dilantik oleh ayahnya sendiri untuk tujuan mendidik baginda. Dalam usia semuda itu juga baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Baginda juga digelar sebaik-baik raja.
Terfikir aku sejenak,
kemana kakiku melangkah sewaktu aku di usia mereka?
apa yang telah kubuat unuk Islam ketikaku di usia mereka?
Sungguh, suatu ketika dulu aku telah mensia-siakan waktuku tanpa membawa apa-apa natijah yang baik untuk masa depanku. Aku menginsafi diri ku yang jahil dulu.. Kekhilafan itu membuatkan aku bangkit untuk menyedarkan adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain daripada terus terumbang-ambing dalam fitnah dunia ini.
Antara Cabaran Berprogram : 1) Niat
Setiap amalan itu bermula daripada niat. Ringkas ayat itu. Namun, maksudnya sangat mendalam. Pesan seorang murabbiahku, apa niat kamu, itulah yang kamu dapat. Sentiasa tajdid niat lillahi taala.

Antara Cabaran Berprogram :  2) Kesabaran 
Sabar.Sabar.Sabar.
"Sabar itu sebahagian daripada iman"
Itu yang cuba ku selitkan dalam hati tatkala kritikan demi kritikan dilemparkan padaku. Disitulah aku terus mempraktikkan untuk berlapang dada pada sahabat fillah. Kita akan mudah rebah andai niat yang dibina bukanlah kerana Allah. Aku tahu teguran dan kritikan yang diterima adalah terus daripada Allah melalui manusia. Alhamdulillah. Syukran Allah :)

Antara Cabaran Berprogram : 3) Masa
PEPATAH Arab menyebut, 'Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.'
 Allah juga telah berfirman dalam surah Al-Ashr  :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
Ketika berprogram , masa antara perkara yang amat sukar skali untuk dipatuhi oleh peserta. Mengapa terjadi begini ?

= Sebab manusia sering mengikut hawa nafsunya dan melayan perasaan malas.

Sampai sini dulu coretanku kali ini. Masih banyak tugas yang perlu kuselesaikan. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur akan ku kupas lebih lanjut kepahitan & kemanisan dalam bergerak kerja:) Illalliqo' ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan