3 Mei 2014

Lazatnya belajar :)


 ASSALAMMUALAIKUM :) 

Apa khabar semua?
Tahniah buat yang sakit. Tahniah juga buat yang sihat.
Tahniah kerana semakin anda redha dengan sakit yang anda alami, semakin anda dekat dekat padaNya.
Tahniah! Dengan kesihatan yang Allah anugerahkan saat ini, gunakanlah dengan sebaiknya.

Ok back to our topic. Lazatnya belajar.

"Penatlah belajar."
"Sudah sudahlah belajar tepu sudah otak aku."
"Pagi ada kelas, petang ada kelas, malam pun ada kelas? Apa? Sabtu pun ada kelas? I'm die!"

Awwalun, apa itu belajar?
Sejenis makanan?
Adakah buka buku sahaja dikira belajar?

"Pembelajaran ialah perihal pemerolehan, atau pengubahsuaian dan pengukuhan bagipengetahuantingkah lakukemahirannilai, atau keutamaan yang baharu atau sedia ada masing-masing dan boleh melibatkan sintesis jenis maklumat berlainan. "
Sumber : Wikipedia

Jadi besar bukan skop pembelajaran. Pelbagai cara yang kita boleh buat untuk mewarnai proses pembelajaran dalam hidup. Kalau dalam kelas pun pelbagai uslub yang cikgu cuba buat untuk mencantikkan sesi pdp.
.Kalau belajar kat rumah pun lagi best. Macam-macam boleh kita buat.
Kadang-kadang duduk depan cermin lepastu baca nota kuat-kuat.
Kadang-kadang ajar budak tadika subjek sekolah menengah.
Kadang-kadang boleh nyanyi lagi kalau nak hafal nota.
Tapi. tak boleh dinafikan. Mengajar dan memahamkan orang lain merupakan kaedah yang paling berhasil.
Macam kita bagi sedekah RM1 tapi kalau kita betul-betul ikhlas, kita dapat pahala  + rezeki yang lebih.
Macam tu juga bila kita ajar orang lain, biarpun orang tu mungkin tak dapat juga nak faham, at least kita sudah cuba fahamkan dia. Manalah tau tetiba masa exam Allah bagi ilham.

Belajar ini awesome tau?!
Belajar tu best bah!
Cuba setkan dalam minda 
Paling penting sebelum belajar jangan lupa berdoa. Minta lindung daripada Allah.
Kegagalan anak adam menuntut ilmu semasa muda adalah malapetaka bagi dirinya. Imam Syafie telah menyebut dalam syairnya :
Maknanya:
Bersabarlah terhadap keperitan akan kekasaran daripada Mahaguru@
Sesungguhnya kegagalan memperolehi ilmu itu pada melarikan diri daripadanya
.
Dan sesiapa yang tidak merasai kepahitan belajar satu jam @
Dia akan meneguk kehinaan akan kejahilan sepanjang hidupnya
.
Sesiapa yang terlepas belajar pada waktu mudanya @
Maka angkatlah takbir keatasnya sebanyak empat kali untuk kematianya (solat jenazah).




SATU AMARAN KERAS!
Terus teranglah aku paling tak suka bila ada orang post dekat mana-mana laman sosial, mengeluh penat belajar. 

Sekarang aku nak tanya, buat apa kau datang sekolah kalau asyik nak mengeluh?Aku sentap dengan ayat seorang muallim "Tugas kamu sebagai pelajar cuma duduk buka buku dan belajar, Tugas mak bapa kamu lagi berat dari kamu lagi susah."
Ok betul. Masa remaja ni lah kita habiskan masa untuk menuntut ilmu dan beribadah. Nanti dah kahwin dah ada anak kelazatan belajar tak berapa dirasai seperti saat ni. Mudahkan cara belajar jangan disusahkan.
Saat mudalah kita enjoy dengan buku.
Saat mudalah kita bergelumang dengan buku.
AWESOME TAU?
Mula-mula rasa penat. Tapi, bila jatuh hati dengan ilmu, rasa kekok jak bila tak jumpa ilmu dalam satu hari tu. MUSTAHIL dalam satu hari kita langsung tak dapat belajar apa-apa.

Last but not least, NIAT. Itulah yang membezakan nikmat belajar kita. Kalau niat belajar kita untuk insan, andainya insan tersebut telah pergi selama-lamanya pasti kita tiada semangat untuk belajar bukan? Jadi betulkan niat. Kerana Pencipta Kita belajar. InsyaAllah kalau kita jadikan belajar sebagai sebuah ibadah, kita pasti akan dipermudahkan olehNya. Belajar itu manis kan? Kalau nak dapat nikmat belajar kena betulkan niat ya.
Ayuh belajar dalam keadaan gembira, bahagia dan bersemangat.
Semoga Allah redho'.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan