23 Ogos 2015

Syafakillah duhai diri




Aku ingat dulu masa aku sakit. Bulan 12 tahun 2014.
Demam panas. Aku menangis sebab aku rasa sejuk dalam tapi luar sangat panas. Pastu kepala terasa sangat berat. Malam tu, Ibu usap kepala aku then cakap "camna mau study jauh kalau gini?". Then aku diam. Tapi aku tahu ibu mau aku kuat bukan menangis. Dia tahu impian anak dia. Since form 1 aku asyik cakap nak sambung study sana. Semalaman aku tidur dengan ibu. Sebab ibu risau demam aku makin tinggi. Selera makan pula langsung tiada even perut asyik berbunyi. Keesokkan harinya aku gagahkan juga diri aku untuk bangun padahal kepala terasa sangat berat. Ya. betul kata ibu. Macam mana aku mau teruskan hidup kalau dengan ujian sikit aku menangis. Allah tarik nikmat sihat sekejap aku sudah despair.


22/08/2015
          And now aku berada di tempat yg aku impi. Dan bila Allah takdirkan aku untuk sakit di sini, apa yg aku boleh buat cuma 'qowiy'kan diri aku yg dhoif ni. Ya memang lah aku ada roommate & classmate yang concern terhadap aku. Tapi selagi mata boleh terbuka kaki boleh melangkah, better buat sendiri. Semalam aku call parents, sedaya upaya aku cuba  tak bagitau dorang yg aku sakit but I know that I will not able to hide anything from them. Ibu kenal anak dia macam mana. Aku cuba tahan batuk tapi entah camna dorang dapat agak yg aku tengah selesema. Memang kalau boleh aku taknak call sebab taknak kantoi yg aku tengag demam tapi aku rindu sangat nak dengar suara family aku.Aku sendiri yg decide study sangat jauh dari family so, the consequences kena tanggung sendirilah. One more, aku study jauh bukan sebab nak lari dari family tapi aku nak kejar impian aku. Kalau boleh memang lah nak study dekat kan.
       But this is our journey. Bukan selamanya indah. Hidup perlukan pengorbanan dan perjuangan barulah dinamakan mujahadah. Selama ni mungkin kita berada dalam zon selesa, harini Allah hantar kita ke suatu tempat asing untuk uji sama ada matlamat hidup kita ni benar atau tidak. Maka bertabahlah duhai hati. Jika ada sahabat kita boleh pulang menatap wajah keluarga mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali atau tiap hujung minggu janganlah berdukacita kerana rindu itu akan buat kita menghargai insan lain. 


          
Infiru khifafan wa tsiqalan!
Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah!
(Surah At-Taubah, ayat 41)


Mohon maaf terkasar bahasa & campur adukkan bahasa melayu + bahasa inggeris. Moga insan yang sedang membaca akan mendapat ibrahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan